CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 7 Mei 2009

Mak

Sempena Hari Ibu pd 10 Mei 2009..

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu istimewa kpd mak..;-)

Mak,
Terima kasih atas segala pengorbanan n susah payah membesarkan, menjaga n mendidik..
Jadilah aku kini seorang mak jugak kepada Ibni Faris...aku harap aku juga boleh menjaga, mendidik, membesarkan dan berkorban utk kegembiraan anak seperti mak aku jugak..

Special ttg mak..cukup ceria slalu wpun aku tahu byk kesdihan n susah-pyh yg dtg..w/pun masa bersama terhad tp aku tahu mak telah memberi yg terbaik..susah aku membalasnya.Aku berdoa semoga mak akan sihat n ceria selalu n aku dpt bersamanya puas-puas smpai ke akhir hayat..

Masa aku hantar Aish ke trip ke zoo n chocalate factory, seorang ibu tu berkata pd aku sewaktu melihat anaknya naik bas ke trip..katanya "Agaknya inilah perasaan ibu kita sewaktu kita nak pegi mana2 dulu..cukup risau..so, skrg kita pulak merasanya".Aku senyum dan mengiakan..

Seseorng itu akan terkenang pengorbanan ibunya bila saat2 dia melahirkan n menjadi ibu..then only u will understand..

Kepada semua especially my mother in law, sis in law n friends yg telah menjadi/bakal ibu..happy mother's day ya!

Value

Macamana kita menilai seseorang tu ye? dr fizikalnya?dr sikapnya?dr perckpannya? bingung!
Penilaian yg positif akan memberi semangat yg positif jugak pd org yg dinilai..

tp aku tertarik dgr radio Sinar.fm pagi tadi. Dr.Fadilah Kamsah kata, psng yg ngam(bahasa aku) adalah yang mempunyai 12 persamaan antara kedua-duanya.so baik korang semua listkan apa persamaan korang ngan psgn...(cik meh..cuba listkan if org tu nak jadik psgn you..hehehehe..)

So persamaan itu dpt memberi penilaian jugak kan?hmmm..but penilaian seseorang terhdp sesuatu juga berbeza-beza..tu yg jadi ada peribahasa semut di sebrang nampak, gajah dpn mata x nampak(betulkan aku ye)..

Simpulnya, terpulang pd diri sndiri menilai n menghargai apa yg kita ada!Selalulah positif menilai..(betul ke ayat aku nih) supya org2 disamping anda akan jadi lebih positif n bertambah baik.

Isnin, 4 Mei 2009

Buku

Entry yang spttutnya sudah lama ditulis...tapi ditangguh dgn kesibukan.hehehehe..

Buku..aku cukup suka!Pesta Buku Antarabangsa buat tahun ke-7 aku menjejak kaki lagi ke PWTC.Sgt menggembirakan n membahagiakan aku.Maybe pd org lain tiada membawa makna apa-apa tetapi aku suka!hehehehhe..tp yg x besnya poket pun kosong!hehehehe..anyway..inilah caranya aku mengubat hati.;-)
Tgk org berduyun-duyun.Sapa kata rakyat Malaysia x rajin membaca?Maybe mmg kuranglah buku ilmiah menjadi pilihan tetapi sekurang-kurangnya masih ramai yang suka membaca.

Dpt t.t penulis Norhayati Ibrahim.Kebanyakkan novelnya aku kumpulkan.Aku juga mencari novelis Lily Haslina n Lily Suriani..Buku-buku politik, motivasi juga dan tak ketinggalan himpunan majalah pun menjadi koleksi..entah bila nak dibaca agaknya.tp aku akan mencari masa itu!Tak lupa buku untuk Aish:-)n akulah yg akan membaca untuknya sebelum tido..nasib baik beli cerita pendek..klu x abislah.Aku harap dia juga akan mempunyai hobi membaca seperti aku!

But, kesimpulannya I'm Happy!

Isnin, 13 April 2009

Kerana

"Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis.."

Kata-kata tak dapat merungkai apa yang aku rasa
Hanya dlm hati semuanya tersimpan
Susah payah
Pengorbanan
Suka duka

Hanya Allah yang tahu. Tapi bisakah aku menjadi seorang yg optimis selalu?

Namun mata si kecil itu bisa merungkai segala keresahan di jiwa...

Selasa, 31 Mac 2009

LaGU Budak-budaK :-)

Aku tersenyum smlm dgr lagu ni nyanyian Aisyh.Aku nak share ngan korang semua.
"tanya sama pokok,napa pokok goyang
nanti jwb pokok angin yang goncang
tanya sama bunga, napa bunga kembang
nanti jawab bunga, kumbang kan datang
tanya sama laut, napa laut biru
nanti jwb laut, langit yang biru
tanya sama bintang, napa bintang terang
nanti jwb bintang, mlm yang gelap...

Tapi masa aku dulu macam lain aje...betul kan?aku rasa macam lain sgt... Aisyh suruh aku ingat dia nyanyi dan ulang balik mcm dia..hmm..sbbnya lagu aku dulu rasa macam ni..

"tanya sama pokok,apa sebab goyang
nanti jwb pokok angin yang goncang
(...bla..bla..aku dah x ingat.helppp...)
awan nanti kata aku kandung air
sampai tmpt sejuk aku pun cair
tgk dalam air nampak bayang2
campak satu batu., awan pun hilang.

Cuba korang banding dua lirik ni...unsur sains lebih lagu lama kan????hehehe...biar betul Aisyh ni nyanyi..heheheh..Anyway hope korang jugak teringat2 lagu ni gak k.

Isnin, 30 Mac 2009

Ibni Faris Ibni Bakri


Like Mak, Like Son.

Sbbkan Yas mengenalkan dirinya dan family, maka aku juga ingin mengenalkan kepada semua insan-insan yang ada dalam keluarga kecik aku ini.
Ibni Faris Ibni Bakri- cahaya mata seorang(rezeki buat masa ini) aku.Coming to six years pada 09.06 ini.Born di Hospital Besar Ipoh, jam 12.44 tgh,berat 2.7 kg.Ramai yang kata Aisyh ikut muka aku.Really?Sgt suka bercakap dan slalu riang-ria dan tersengih.Sgt suka tengok katun dan main game...Favourite katunnya tentunya BEN 10, Xiolin Showdown,..Mickey..hehehhe..sampai maknya juga sudah kenal alien2 jelmaan BEN 10.But, for me tgk anak membesar depan mata make me feel great.Alhamdulillah.Aku xlah mengharapkan hebat-hebat utk my son but just hoping that Aisyh akan jadi bdk baik smpai besar nanti dan dpt sentiasa menggembirakan us as a parent.Amin.

Di bawah Bayu

Aku mula suka tmpat ini.patut la Cik Meh sukakannya.Aku dpt rasa dekatnya dan friendlynya orang-orang di sini.Kesempatan aku untuk mengenali mereka-mereka di sini.Aku suka.;-).

Berjalan-jalan sekeliling pasar filipin dan kawasan mcm pasar malam .penuh dgn kristal, mutiara,perhiasan dan macam-macam ada.hmmm..susah jugak utk memilih especially orang macam aku yang kurang reti sgt ngan aksesori ni.Aku teringat Cik Meh.Kalau dia ada pasti aku tak teragak-agak memilih.Hehehehehe.. Tapi ada la sedikit ole-ole sbg tanda kenangan utk org2 Semenanjung.W/pun tak seberapa cukup la tanda ingatan aku untuk mereka.

Sampai rumah lewat jam 12.Aku akan datang lagi April ini!insyaallah.

Selasa, 17 Mac 2009

Summercamp In Kg

Aisyh in Kg.Summer camp for him.Hepi sahaja aku lihat dia.Cuba melarikan dia dari rutin biasa sambil bergumbira ngan nenek n opah di kg!Summercamp supaya dia lebih belajar melihat, merasa, menyayangi, dan menghargai di sekelilingnya.jauh dr rutin katun, nursery, school, shopping complex, games,ps2,psp dan bla..bla..hehehhehe..

Tapi aku n dia sunyi.W/pun baru shja dia takde disamping!We missed u already!njoy the summercamp ya!

Isnin, 16 Mac 2009

Cerita Psl Gi2

Waduh2x..ari ni aku ingin bercerita psl gi2.u all nak tahu Aisyh dah tumbuh gi2 kekal kat gi2 dpn bawah.hmmm..dah cabut gi2 susu dia smlam.for the first time dia rasa experience cabut gi2.hehehhe..melalak katanya di klinik..hehehhehe..but aku rasa mcm cepat sgt.dia blm 6 years lagi.hmm..:-) katanya jugak nak simpan gi2 tu bwh bantal, so boleh mintak apa-apa bes dlm dream dia..pengaruh katun betul Aisyh nih.
sbut psl gi2 aku teringat kenangan gi2 rongak kecik2 dulu.cousin aku kata gi2 aku mcm gunung berapi.hehehhee.comel apa.
kenangan aku sbg mak.experience tgk pembesaran anak.hilang gi2 susunya.although benda tu mcm kecik tp aku tersenyum bila ingat balik..harap u all pun tersenyum gak.hehehehhe..



Isnin, 2 Mac 2009

Kemunculan Kembali

Haaaahahahaa..lama sudah aku tinggalkan blog ini.tp kembali meneruskan supaya dapt aku berkongsi cerita ngan semua yang membaca.mas,thanks sbb slalu tanya aku bila nak update..??
so, aku kembali!...:-)

Khamis, 23 Oktober 2008

:-)

Sudah lama aku tidak menulis di sini.Bukannya tidak ada perkara-perkara menarik utk ditulis tetapi aku biarkan saja semuanya dalam minda ni.
Sambutan Aidlfitriku tahun ni biasa-biasa aje.Lebih bermakna dpt berkumpul dgn keluarga tak mcm tahun lpas yg kalut!;-)
Hari ni juga di pejabat sambutan aidilfitri disambut.Tapi bezanya bersama rakan-rakan sekerja. Tema pink n merah dipilih.Cuba mewujudkan persahabatan yg baik antara kami semua.Insyaallah.Walaupun apa yg dihadapi di sini x berapa best tapi kami cuba gembirakan hati masing-masing di sini.
Aku bersyukur dgn kehidupanku skrg ini.Moga keadaan ini berkekalan hendaknya.Amin!Doakan aku.

Selasa, 14 Oktober 2008

Old Memory vs New Memory

Old memory kdg-kala membuat kita tertawa.kdg-kala buat kita bersedih dan terluka. perlu ke men'delete'nyer? Memori itu kdg-kala perlu ada kerana dgnnya kita lebih kuat menghadapi hidup.Pokoknya jgn di'delete' semuanya!Tinggalkan sedikit utk kekuatan kita menempuh hidup akan datang.
New memory hari ini adalah sesuatu yang aku pelajari.Bukan semua org memahami. Aku sakit hati!Rasanya ingin saja aku hamburkan amarah ku ini.Tapi siapa aku? Dia durian aku mentimun.Peribahasa lagi. Tapi new memory ini mengajar aku supaya lebih mengenali insan yg berbeza-beza di dunia nih. Aku hangin!
NEw memory suatu masa nanti akan jd old memory jugak kan? Mcm kita jugak yg muda-muda (muda ke?) akan jadi tua juga.tapi yg pasti memroi tu akan kita bawak selagi hayat di dunia!



Ahad, 14 September 2008

Dedi yang Rajin

Senario yang sudah lama tidak kulihat.Aku rindu suasana ini.Melihat dia x berhenti mengemas situ mengemas sini.Seperti kebiasaan dirinya dulu.Kena pastikan keadaan rumah kemas dan semua benda terletak dengan sempurna.Kemas dan cantik...Aku tersenyum sendiri.Kadang-kala aku kalut mencari di mana letaknya barang-barang aku.Rupa-rupanya dia alihkan letaknya supaya nampak kemas.Nampaknya sikap ini telah menjangkit ke Aisy.Sama saja karakter berdua beranak ini.Setiap kali masuk ke rumah, Aisy akan kemas kasutnya hatta sambil menangis masih sempat tunduk dan mengemas kasut!Hehehehe..:-)Rajin macam Dedi!

Tak sabar rasanya nak ke rumah baru.Walaupun kecil tapi cukup untuk membahagiakan hati kami berdua.Impian yang telah lama kami berdua idamkan. Aku cukup meminati home deco.Semuanya berangan.Nak buat itu, nak buat ini.Tapi biarlah rumah ini bakal menenangkan jiwa kami berdua.Cukup sederhana.

Ramadhan ini aku dapat juga menunaikan hajatku. Mengenang hening mata anak-anak itu. Walaupun kecik sumbanganku namun aku berdoa moga Aisy juga akan mewarisi kebiasaan ini.Anak mak, disebalik kesenangan hidup ini, ada kawan-kawan Asiy yang serba kekurangan..Ingat erk pesan mak ni.ki3xx..

Rabu, 10 September 2008

Sunyi

Banyak cakap ke aku? Iye ke.Mungkin aku suka memberi pendapat. Pendapat yang ikhlas.Tapi mungkin disalahtafsir sebagai memerintah/ menunjuk pandai. Jadi aku cuba zipkan mulut ini dari memberi pendapat buat sementara untuk dia.

Aku cuma mahu bebas bercakap.Bebas memberi pendapat.Bebas memberi pandangan.Mungkin kebiasaannya apa yang aku cakap itu betul..tapi tidak juga semestinya betul.Bercakap banyak tidak semestinya aku tidak hormat.Tidak juga untuk menunjuk pandai.Tapi menyuarakan apa yang aku rasa betul di fikiran aku.Tak tahulah keegoaan itu boleh menidakkan apa yang dicakapkan...biarpun betul.Pelikkan.Negara pun ada demokrasinya.Rakyat pun bebas bersuara..tapi silap-silap bersuara kena tahan ISA.ki3x..kalau tersilap cakap? rajuk yang panjang le jawabnya.

Cakap ini akan dia rindukan.Maaf kalau aku terbanyak cakap.Kerana aku cakap pada mereka yang aku rasa boleh mendengar dan menerima apa yang aku cakap.aku cakap kerana aku mengambil berat.Ikhlas!

" Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan merana.."
" Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.."

Hmmm...semuanya berunsurkan cakap! Izinkan aku bercakap sementara aku ada di dunia ini.Noktah!

Selasa, 9 September 2008

Sehening Pagi Ini

Jika sembilan bulan dulu aku tidak berkesempatan melihat keindahan pemandangan di waktu pagi sepanjang perjalanan, kini aku berkesempatan melihatnya.Jika dulu aku sibuk menentukan dan melayan karenah Aisyh di pagi hari, menentukan anak dan diri sendiri, kini aku lebih tenang dan rilek sikit sebenarnya.alhamdulillah.Pertukaran ini sebelum bulan Ramadhan amat kusyukuri.Kalau tidak aku mesti kalutkan.
Heningnya suasana pagi ini.Simpati mendengar khabar seorang wanita dibunuh sewaktu hendak bersahur atas motif rompakan/dendam.Sedih!Macam-macam kejadian sekarang ini.Teringat mak dan ayah di kampung.Ya Allah lindungilah mereka dan kami semua!
Ayat 'Awak dah x sama macam dulu2"..iye ke? Betul ke? Betul ke aku dah berubah? ..ntahla erk.;-)Hanya DIA yang tahu.

Khamis, 4 September 2008

Bebelan dan Keroncong

Entah kenapa hari ini serba x kena.Lambat sampai dari kebiasaan.Jalan sesak!Pagi dibelasah semasa mesyuarat.Itu tidak mengapa.Belajar dari pengalaman.Namun ada pengajaran disebaliknya. Apa-apa berkaitan kerja semuanya perlu diminit dan dicatat kerana kita sebagai manusia kadang-kala terlupa apa jua keputusan yang telah dibuat kepada anak buah.Yang aku terpinga-pinga nak menjelaskannya.Perlu banyak belajar lagi.hehehe..:-)

Tengahari melepak bersama-sama kawan-kawan dengan alunan bunyi-bunyian yang pelbagai.Datang dari perut!hehehe..penghibur jiwa.Walaupun berpuasa kami masih berketawa macam biasa.Keroncong indah di bulan Ramadhan ini akan kukenang.Keroncong ini mengingatkan aku sukarnya mereka yang kelaparan seperti di Somalia dan sebagainya.

Sesungguhnya hidup ini tak indah jika tiada bebelan n bunyi-bunyian.Ianya tersusun menjadi irama indah untuk dipelajari oleh mereka yang mahu menghayatinya. Bebelan walaupun pedih di telinga tapi suatu masa kita tahu ianya pengajaran yang paling bermakna. Bunyi-bunyian keroncong kelaparan akan menjadi petanda kita akan bersyukur atas segala suapan yang kita ada.Rezeki dicari di mana-mana...susah-senangnya hanya kita yang memomentumkannya.Angkat tangan dan DOA!

Rabu, 3 September 2008

My Family

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Di Sebalik Ramadhan

Setiap kali Ramadhan setiap kali hati ini berasa sangat bersyukur...

Perkara yang lepas jangan dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih.Itu perumpamaan yang biasa-biasa didengar. Mmg org dulu-dulu cukup tertib dan teliti.Penuh maksud tersirat dan tersurat. Tapi yang kelakarnya perumpamaan skrg sudah diup-to-datekan mengikut peredaran zaman. Seperti "ada udang di sebalik batu" ditukar kepada "ada udang disebalik mee"..hmm mcm-mcm.Tapi itu semua peredaran zaman.Yang nyata, di Ramadhan ini aku masih memiliki kebahagiaan yang pernah hilang sementara.Syukur alhamdulillah landasan ini terbina semula dan kuharapkan juga selaras dengan peredaran zaman aku bisa mengharungi perjalanan hidup ini walaupun selaju tren ERL agaknya..;-). Doakan aku..

Pengajaran paling hebat aku rasakan semasa Ramadhan setiap tahun.Tidak pasti org lain.Tapi membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku ada di dunia ini.Wajah-wajah yang kusayangi, sahabat-sahabat yang kurindui bahkan semua!Sesungguhnya mmg ada cahaya di sebalik Ramadhan..dan aku pernah merasainya...

Kepada semua hargailah mereka yang ada disekeliling kita..;-). Moga Ramadhan ini mendapat barakahNya!