CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 4 September 2008

Bebelan dan Keroncong

Entah kenapa hari ini serba x kena.Lambat sampai dari kebiasaan.Jalan sesak!Pagi dibelasah semasa mesyuarat.Itu tidak mengapa.Belajar dari pengalaman.Namun ada pengajaran disebaliknya. Apa-apa berkaitan kerja semuanya perlu diminit dan dicatat kerana kita sebagai manusia kadang-kala terlupa apa jua keputusan yang telah dibuat kepada anak buah.Yang aku terpinga-pinga nak menjelaskannya.Perlu banyak belajar lagi.hehehe..:-)

Tengahari melepak bersama-sama kawan-kawan dengan alunan bunyi-bunyian yang pelbagai.Datang dari perut!hehehe..penghibur jiwa.Walaupun berpuasa kami masih berketawa macam biasa.Keroncong indah di bulan Ramadhan ini akan kukenang.Keroncong ini mengingatkan aku sukarnya mereka yang kelaparan seperti di Somalia dan sebagainya.

Sesungguhnya hidup ini tak indah jika tiada bebelan n bunyi-bunyian.Ianya tersusun menjadi irama indah untuk dipelajari oleh mereka yang mahu menghayatinya. Bebelan walaupun pedih di telinga tapi suatu masa kita tahu ianya pengajaran yang paling bermakna. Bunyi-bunyian keroncong kelaparan akan menjadi petanda kita akan bersyukur atas segala suapan yang kita ada.Rezeki dicari di mana-mana...susah-senangnya hanya kita yang memomentumkannya.Angkat tangan dan DOA!

0 ulasan: