CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 10 September 2008

Sunyi

Banyak cakap ke aku? Iye ke.Mungkin aku suka memberi pendapat. Pendapat yang ikhlas.Tapi mungkin disalahtafsir sebagai memerintah/ menunjuk pandai. Jadi aku cuba zipkan mulut ini dari memberi pendapat buat sementara untuk dia.

Aku cuma mahu bebas bercakap.Bebas memberi pendapat.Bebas memberi pandangan.Mungkin kebiasaannya apa yang aku cakap itu betul..tapi tidak juga semestinya betul.Bercakap banyak tidak semestinya aku tidak hormat.Tidak juga untuk menunjuk pandai.Tapi menyuarakan apa yang aku rasa betul di fikiran aku.Tak tahulah keegoaan itu boleh menidakkan apa yang dicakapkan...biarpun betul.Pelikkan.Negara pun ada demokrasinya.Rakyat pun bebas bersuara..tapi silap-silap bersuara kena tahan ISA.ki3x..kalau tersilap cakap? rajuk yang panjang le jawabnya.

Cakap ini akan dia rindukan.Maaf kalau aku terbanyak cakap.Kerana aku cakap pada mereka yang aku rasa boleh mendengar dan menerima apa yang aku cakap.aku cakap kerana aku mengambil berat.Ikhlas!

" Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan merana.."
" Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.."

Hmmm...semuanya berunsurkan cakap! Izinkan aku bercakap sementara aku ada di dunia ini.Noktah!

0 ulasan: