CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 14 September 2008

Dedi yang Rajin

Senario yang sudah lama tidak kulihat.Aku rindu suasana ini.Melihat dia x berhenti mengemas situ mengemas sini.Seperti kebiasaan dirinya dulu.Kena pastikan keadaan rumah kemas dan semua benda terletak dengan sempurna.Kemas dan cantik...Aku tersenyum sendiri.Kadang-kala aku kalut mencari di mana letaknya barang-barang aku.Rupa-rupanya dia alihkan letaknya supaya nampak kemas.Nampaknya sikap ini telah menjangkit ke Aisy.Sama saja karakter berdua beranak ini.Setiap kali masuk ke rumah, Aisy akan kemas kasutnya hatta sambil menangis masih sempat tunduk dan mengemas kasut!Hehehehe..:-)Rajin macam Dedi!

Tak sabar rasanya nak ke rumah baru.Walaupun kecil tapi cukup untuk membahagiakan hati kami berdua.Impian yang telah lama kami berdua idamkan. Aku cukup meminati home deco.Semuanya berangan.Nak buat itu, nak buat ini.Tapi biarlah rumah ini bakal menenangkan jiwa kami berdua.Cukup sederhana.

Ramadhan ini aku dapat juga menunaikan hajatku. Mengenang hening mata anak-anak itu. Walaupun kecik sumbanganku namun aku berdoa moga Aisy juga akan mewarisi kebiasaan ini.Anak mak, disebalik kesenangan hidup ini, ada kawan-kawan Asiy yang serba kekurangan..Ingat erk pesan mak ni.ki3xx..

Rabu, 10 September 2008

Sunyi

Banyak cakap ke aku? Iye ke.Mungkin aku suka memberi pendapat. Pendapat yang ikhlas.Tapi mungkin disalahtafsir sebagai memerintah/ menunjuk pandai. Jadi aku cuba zipkan mulut ini dari memberi pendapat buat sementara untuk dia.

Aku cuma mahu bebas bercakap.Bebas memberi pendapat.Bebas memberi pandangan.Mungkin kebiasaannya apa yang aku cakap itu betul..tapi tidak juga semestinya betul.Bercakap banyak tidak semestinya aku tidak hormat.Tidak juga untuk menunjuk pandai.Tapi menyuarakan apa yang aku rasa betul di fikiran aku.Tak tahulah keegoaan itu boleh menidakkan apa yang dicakapkan...biarpun betul.Pelikkan.Negara pun ada demokrasinya.Rakyat pun bebas bersuara..tapi silap-silap bersuara kena tahan ISA.ki3x..kalau tersilap cakap? rajuk yang panjang le jawabnya.

Cakap ini akan dia rindukan.Maaf kalau aku terbanyak cakap.Kerana aku cakap pada mereka yang aku rasa boleh mendengar dan menerima apa yang aku cakap.aku cakap kerana aku mengambil berat.Ikhlas!

" Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan merana.."
" Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.."

Hmmm...semuanya berunsurkan cakap! Izinkan aku bercakap sementara aku ada di dunia ini.Noktah!

Selasa, 9 September 2008

Sehening Pagi Ini

Jika sembilan bulan dulu aku tidak berkesempatan melihat keindahan pemandangan di waktu pagi sepanjang perjalanan, kini aku berkesempatan melihatnya.Jika dulu aku sibuk menentukan dan melayan karenah Aisyh di pagi hari, menentukan anak dan diri sendiri, kini aku lebih tenang dan rilek sikit sebenarnya.alhamdulillah.Pertukaran ini sebelum bulan Ramadhan amat kusyukuri.Kalau tidak aku mesti kalutkan.
Heningnya suasana pagi ini.Simpati mendengar khabar seorang wanita dibunuh sewaktu hendak bersahur atas motif rompakan/dendam.Sedih!Macam-macam kejadian sekarang ini.Teringat mak dan ayah di kampung.Ya Allah lindungilah mereka dan kami semua!
Ayat 'Awak dah x sama macam dulu2"..iye ke? Betul ke? Betul ke aku dah berubah? ..ntahla erk.;-)Hanya DIA yang tahu.

Khamis, 4 September 2008

Bebelan dan Keroncong

Entah kenapa hari ini serba x kena.Lambat sampai dari kebiasaan.Jalan sesak!Pagi dibelasah semasa mesyuarat.Itu tidak mengapa.Belajar dari pengalaman.Namun ada pengajaran disebaliknya. Apa-apa berkaitan kerja semuanya perlu diminit dan dicatat kerana kita sebagai manusia kadang-kala terlupa apa jua keputusan yang telah dibuat kepada anak buah.Yang aku terpinga-pinga nak menjelaskannya.Perlu banyak belajar lagi.hehehe..:-)

Tengahari melepak bersama-sama kawan-kawan dengan alunan bunyi-bunyian yang pelbagai.Datang dari perut!hehehe..penghibur jiwa.Walaupun berpuasa kami masih berketawa macam biasa.Keroncong indah di bulan Ramadhan ini akan kukenang.Keroncong ini mengingatkan aku sukarnya mereka yang kelaparan seperti di Somalia dan sebagainya.

Sesungguhnya hidup ini tak indah jika tiada bebelan n bunyi-bunyian.Ianya tersusun menjadi irama indah untuk dipelajari oleh mereka yang mahu menghayatinya. Bebelan walaupun pedih di telinga tapi suatu masa kita tahu ianya pengajaran yang paling bermakna. Bunyi-bunyian keroncong kelaparan akan menjadi petanda kita akan bersyukur atas segala suapan yang kita ada.Rezeki dicari di mana-mana...susah-senangnya hanya kita yang memomentumkannya.Angkat tangan dan DOA!

Rabu, 3 September 2008

My Family

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Di Sebalik Ramadhan

Setiap kali Ramadhan setiap kali hati ini berasa sangat bersyukur...

Perkara yang lepas jangan dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih.Itu perumpamaan yang biasa-biasa didengar. Mmg org dulu-dulu cukup tertib dan teliti.Penuh maksud tersirat dan tersurat. Tapi yang kelakarnya perumpamaan skrg sudah diup-to-datekan mengikut peredaran zaman. Seperti "ada udang di sebalik batu" ditukar kepada "ada udang disebalik mee"..hmm mcm-mcm.Tapi itu semua peredaran zaman.Yang nyata, di Ramadhan ini aku masih memiliki kebahagiaan yang pernah hilang sementara.Syukur alhamdulillah landasan ini terbina semula dan kuharapkan juga selaras dengan peredaran zaman aku bisa mengharungi perjalanan hidup ini walaupun selaju tren ERL agaknya..;-). Doakan aku..

Pengajaran paling hebat aku rasakan semasa Ramadhan setiap tahun.Tidak pasti org lain.Tapi membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku ada di dunia ini.Wajah-wajah yang kusayangi, sahabat-sahabat yang kurindui bahkan semua!Sesungguhnya mmg ada cahaya di sebalik Ramadhan..dan aku pernah merasainya...

Kepada semua hargailah mereka yang ada disekeliling kita..;-). Moga Ramadhan ini mendapat barakahNya!